Tuesday 3 February 2015

Hawar (Plague)


Hawar
Hawar merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya yang disebabkan bakteria Yersinia Pestis. Hawar banyak merebak melalui satu tikus yang kotor ke yang lain melalui kutu. Penyakit ini banyak berlaku di seluruh benua kecuali Australia.

Cara Jangkitan

  • Titisan - Bersin atau batuk
  • Sentuhan - Bersentuhan dengan orang yang telah berjangkit (termasuk sentuhan seksual)
  • Sentuhan lain - Bersentuhan dengan tanah ataupun permukaan yang telah tercemar
  • Udara - Jika bakteria tersebut berada di udara
  • Binatang perosak - bawaan serangga atau binatang perosak yang lain
Tanda & Gejala
  • Demam
  • Batuk
  • Bengkak di badan seperti di peha, leher dan lengan
  • Muntah
  • Loya
Terdapat 3 jenis hawar : - 


Hawar Bubonik
Apabila kutu mengigit manusia dan mencemarkan darah luka, bakteria mula masuk kedalam tisu. Bakteria Yersinia Pestis boleh membiak dan menghasilkan semua sel sel di dalam. Apabila bakteria memasuki sistem limpa, bakteria itu melepaskan toksin. Akibatnya, bengkak yang sakit di badan dan akan bernanah. 

Hawar Septisemik
Berlaku selepas hawar bubonik, bakteria boleh memasuki salur darah dan boleh berjalan ke serata tubuh badan. Jangkitan ini boleh menyebabkan kerandangan di selaput otak dan renjatan endotoksid serta pendarahan yang teruk akibat gumpalan darah.

Hawar Pneumonik
Hawar pneumonik mula timbul akibat daripada jangkitan paru paru yang boleh menyebabkan batuk dan bersin yang menghasilkan titisan mengandungi bakteria yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang menghidunya.

Pencegahan
  • Basmi tikus dan elakkan memegang tikus yang kotor sama ada yang hidup mahupun yang mati
  • Elakkan tempat yang dipenuhi orang
  • Basmi kutu
  • Jika mempunyai hubungan dengan orang yang dijangkiti, elakkan daripada menyentuhi cecair tubuh pesakit dan dapatkan rawatan awal
  • Simpan makanan ataupun lupuskan makanan dengan cara yang betul supaya tidak dicerobohi tikus.




No comments:

Post a Comment